Sunday 25 August 2013

teratak De Vhes Collection~ update

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia... kepada sesiapa yang inginkan sentuhan jari jemari De Vhes Collection. Dihari bahagia mereka, boleh mengunjungi ke teratak De Vhes Collection, terletak di A291, Tingkat 1, JAlan Sungai Isap 1, Sungai Isap Jaya, 25150 Kuantan Pahang, Malaysia. atau boleh hubunggi kami di talian, 018-9100091 atau 012-9596491 atau boleh mencari kami di facebook. search De vhes Collection.







Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Sempena Syawal yang akan menjelang tiba tidak lama lagi,kami,seluruh warga De Vhes Collection,menyusun sepuluh jari dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin..Semoga Syawal kali ini memberi seribu erti buat kita semua..Amin..

Friday 26 July 2013

Facebook DVC dan Selamat Berpuasa

untuk pengetahuan semua. sebarang pertanyaan lanjut dan pertanyaan juga boleh diajukan di facebook DVC
boleh search

devhescollection@yahoo.com

dan anda akan dapat terus menuju ke page DVC.

Pihak DVC sentiasa update di facebook.. so jumpa disana.. hehehehe

 Dikesempatan ini juga. Pihak DVC mengucapkan Selamat Berpuasa bagi yang beragama islam. Semoga bulan yang mulia ini anda akan memperolehi karomah dan keberkatannya.

santai~~ eka make over ( before and after)

jom layan... make over ala2 korean.. ekekekeke.. make over done by Faril Adam







Friday 21 June 2013

sada dan zack I (majlis pernikahan di panching selatan)

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia~ecehhh.. dah macam pembaca berita pulak gayanya.. hehehehehe... sory kepada semua pembaca. terlewat skit update blog.. maklumlerr... sibuk dengan urusan kerja sehari-harian yang tak kunjung reda. makin bertambah lagi adalah.. huhuhuhuhh

  Berbalik kita kepada tajuk~~(macam lecture plak hehehe) majlis diadakan di panching selatan, kuantan. untuk pengetahuan pembaca panching selatan dikenali juga sebagai kawasan felda dan tanaman utama di area tu adalah kelapa sawit (heheheh....kira sada neh anak tokeyy.. kelapa sawit lerr) majlis diadakan pada 9 jun 2013, bersamaan hari ahad. jam 4.30 p.m.

Pasangan mempelai memilih busana berwarna cream dan putih untuk digayakan pada hari bahagia mereka. dengan itu De Vhes Collection telah diberi tanggungjawab dan amanah untuk merealisasikan impian pasangan pengantin neh.

  jom cerita serba sikit mengenai pengantin. sada, begitulah namanya pengantin perempuan, orangnya cute-miut jeww, muka ada iras-iras orang korea.( hehehhe mata kecik) kulit normal dan tidak mempunyai masalah  kulit yang serius. (hehehehe.. macam doktor lak rasa ). senang cite sada tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan seangkatan dengannya, dan kulitnya licin dan gebu (pandai jaga kulit) mempunyai warna kulit standard orang melayu. badan agak berisi (ala-ala cute cam tedy bear), orangnya manis suka senyum. heheheehe...

neh gambo sebelum dan selepas make over. ada orang cakap muka dia dah iras-iras diva kita~ sapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza. hehehhee... (itu orang kata... aku iyakan aja.) so korang nilai lah sendiri ya.

busana pilihan berwarna cream, potongan kurung moden yang telah diperbaharui, menyerlahkan lagi penampilan pengantin, kain dipotong kembang supaya seimbang dengan bahagian badan pengantin.


pengantin sedang diijab qabulkan. berdebar-debar perasaan pengantin neh...


Alhamdulillah syukur,, dengan sekali lafaz sada sah menjadi isteri kepada pasangannya Zack.



lovely mummy (zack)


lovely mumy dan dedi (sada)


gambar pose pasangan mempelai.



oklah cukup sampai disini dulu, nanti kita bersambung ke sada dan zack part II ya, majlis persandingan yang diadakan di kemaman, Terengganu. 22 jun 2013. jumpa lagi ....muuwahhhhh..

Monday 17 June 2013

Majlis Persandingan Izzah Di Sri Damai, Kuantan,Pahang ~ The Story

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Sebelum-sebelum neh cuma post gambar dan x der apa-apa coretan yang menyusuli. Bukan x nak menulis tapi disebabkan keadaan yang teramat sibuk itu yang tak dapat menyusun atur blog neh... maklumlerr baru-baru nk mula... hehehehee... Bak kata pepatah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.ok ler tanpa membuang masa lagi jom baca tulisan aku yang emrr... tah.. tak tau nk citer.. kang lebih2 orang kate aku syoksendiri lak....so korang ler yang letakkan aku neh mcm ner yew.. hehehehehe...

  Pagi sabtu sesudah subuh, aku dah dok prepare apa yang patot maklom ler, aku takot terlewat disebabkan ari neh aku ada 2 orang pengantin yang ingin mendapatkan sentuhan dari aku, kalau dekat-dekat area kuantan aku tak berapa nk kisah, tapi kat area kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. huhuhu... jauhh..ooooo... ambil masa perjalanan kira-kira nak dekat 2 jam baru sampai dari kuantan. Dalam ati tu ada lah jugak perasaan cuak. maklum ler... tempat yang jauh. Harap-harap bukan sebab aku majlis diaorang terlewat. Minta simpang jauh-jauh ler perkara tue... huhuhuhh... so aku kena set time betul-betul. takot tak sempat. kalau bukan disebabkan my  little sister  kerja.. aku tak yah ler kelam-kabot terkejar sana sini.. huhuhhuhu.. akan aku suruh jew dia pergi mengandam kat area sri damai dan aku boleh terus pergi ke kemaman, taklah aku terkejar-kejar.

  So tepat jam 8.00 pagi, aku bertolak ke rumah pengantin di Sri Damai, kuantan diteman oleh adik aku sorang lagik eyna. huhuhhuhu.. nasib baik dia free time tue.. ada gak pembantu...Nasib baik tak susah nakcari rumah pengantin neh.. hehehehhe... so lebih kurang 8.30 pagi aku dah terjojol dpn rumah dia.. hehehehe..

  Bermulalah sesi mengandam pengantin. tok..tok..tok.. pintu bilik diketuk. lantas adik aku membuka pintu tersebut, kemudian ibu pengantin masuk.. emrr... aku tergaman dan cuba mengingati sesuatu.. macam aku kenal dengan ibu pengantin neh, tapi dimana ya,, emrrrrr... lantas aku bertanya adik aku.. dia pun dengan pantas menjawab.. long neh makcik kantin sekolah kita dulu... hadoiii... nak dijadikan cerita sungguh, aku bertemu lah semula dengan makcik kantin( towkey) yang dah aku kira hampir 10 tahun tak jumpa.. huhhuhuh.. adoii.. rindu mee sup dia.. uwaaa...dalam dok mengamdam sempat lagi mulut neh riuh dok bercerita.. maklum ler aku kenal lah jugak dengan makcik kantin neh hehehehe...

Inilah dia pengantin tue. Izzah orangnya cantik,  kulit hitam manis. hehehehe. dan agak manja dan bersopan orangnya.


 nie tengah dok mengandam si izzah neh.

 ku sematkan bunga di telinga. hehehee.. penyeri
sory ler tak nampak gambo aku. hehehee.. malu...



 tada.....da siap dah..


neh cameraman punya koje lah neh. suh aku konon-konon p touch-up muka. huhuhhuhuuhuh
sory yew tak nampak muka aku 18 SG. hehehehe.. malu


Neh ler adik aku merangkap pembantu aku, nak suh belajo make up. nanti senang hehehehe...

Wokeh setakat neh dulu yeww.. nanti kita story mory lak cite pasal journey to the kemaman. heheehehehhe..

Tuesday 4 June 2013

Monday 3 June 2013