Friday 21 June 2013

sada dan zack I (majlis pernikahan di panching selatan)

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia~ecehhh.. dah macam pembaca berita pulak gayanya.. hehehehehe... sory kepada semua pembaca. terlewat skit update blog.. maklumlerr... sibuk dengan urusan kerja sehari-harian yang tak kunjung reda. makin bertambah lagi adalah.. huhuhuhuhh

  Berbalik kita kepada tajuk~~(macam lecture plak hehehe) majlis diadakan di panching selatan, kuantan. untuk pengetahuan pembaca panching selatan dikenali juga sebagai kawasan felda dan tanaman utama di area tu adalah kelapa sawit (heheheh....kira sada neh anak tokeyy.. kelapa sawit lerr) majlis diadakan pada 9 jun 2013, bersamaan hari ahad. jam 4.30 p.m.

Pasangan mempelai memilih busana berwarna cream dan putih untuk digayakan pada hari bahagia mereka. dengan itu De Vhes Collection telah diberi tanggungjawab dan amanah untuk merealisasikan impian pasangan pengantin neh.

  jom cerita serba sikit mengenai pengantin. sada, begitulah namanya pengantin perempuan, orangnya cute-miut jeww, muka ada iras-iras orang korea.( hehehhe mata kecik) kulit normal dan tidak mempunyai masalah  kulit yang serius. (hehehehe.. macam doktor lak rasa ). senang cite sada tidak mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan seangkatan dengannya, dan kulitnya licin dan gebu (pandai jaga kulit) mempunyai warna kulit standard orang melayu. badan agak berisi (ala-ala cute cam tedy bear), orangnya manis suka senyum. heheheehe...

neh gambo sebelum dan selepas make over. ada orang cakap muka dia dah iras-iras diva kita~ sapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza. hehehhee... (itu orang kata... aku iyakan aja.) so korang nilai lah sendiri ya.

busana pilihan berwarna cream, potongan kurung moden yang telah diperbaharui, menyerlahkan lagi penampilan pengantin, kain dipotong kembang supaya seimbang dengan bahagian badan pengantin.


pengantin sedang diijab qabulkan. berdebar-debar perasaan pengantin neh...


Alhamdulillah syukur,, dengan sekali lafaz sada sah menjadi isteri kepada pasangannya Zack.



lovely mummy (zack)


lovely mumy dan dedi (sada)


gambar pose pasangan mempelai.



oklah cukup sampai disini dulu, nanti kita bersambung ke sada dan zack part II ya, majlis persandingan yang diadakan di kemaman, Terengganu. 22 jun 2013. jumpa lagi ....muuwahhhhh..

No comments:

Post a Comment